DTQ

title_arrow

LATARBELAKANG PROGRAM

Diploma Tahfiz wal Qiraat

Kursus yang memfokuskan kepada Hafalan al-Quran 30 Juz dan Ilmu Qiraat (kaedah-kaedah bacaan yang disepakati ulama’).

Objektif Pembelajaran

  • Melahirkan Huffaz (Hafiz dan Hafizah) yang mahir dalam pembacaan dan pengajian Ilmu al-Quran al-Karim bagi memelihara kesucian dan kesahihan al-Quran al-Karim.

  • Melahirkan Qurra’ (Qari dan Qariah) yang mahir lagi berwibawa dalam seni bacaan al-Quran dan Ilmu Qiraat.
  • Melahirkan Du’at (Pendakwah) berjiwa pendidik dan Imam yang bertauliah lagi profesional melalui ilmu-ilmu al-Quran.

Hasil Pembelajaran

  • Pelajar berkemampuan untuk menghafal al-Quran sebanyak 30 Juz dengan cara yang betul dan berkesan.

  • Pelajar akan memperolehi pendedahan yang lebih luas dalam bidang al-Quran dan Qiraat Sab’ah di mana mereka mampu untuk mengaplikasikan dalam kehidupan atau di bidang pekerjaan khusus dalam bidang al-Quran.

  • Pelajar dapat mempraktikkan Ilmu al-Quran dan bacaan Qiraat Sab’ah di dalam masyarakat di mana al-Quran dijadikan sumber rujukan utama.

 

Bahasa Pengantar

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Arab

 

Kaedah Pembelajaran

  • Kuliah
  • Tutorial
  • Latihan Praktikal

 

Tempoh Pengajian

  • 3 tahun / 6 semester

 

Syarat Kemasukan

Untuk layak memasuki program ini, pemohon mesti mempunyai kelulusan GCE peringkat ‘O’ dengan minima 3 kredit atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

  • Pengetahuan dalam Bahasa Arab tidak diwajibkan tetapi ialah satu kelebihan.
  • Kelulusan akademik selain di atas boleh dipertimbangkan secara kes-demi-kes, manakala pemohon yang mempunyai 2 kredit peringkat ‘O’ boleh ditawarkan kemasukan bersyarat.

  • Pemohon yang layak perlu menduduki Ujian Kemasukan dan temuduga. Ujian Kemasukan tersebut akan menilai kemampuan pemohon dari aspek Hafalan, Tajwid dan Bahasa Arab (ujian bertulis).

Yuran Pengajian

  • Yuran bulanan – SGD 200 / bulan*
  • Yuran Pendaftaran (sekali sahaja) – SGD 100*
  • Yuran Peperiksaan (setiap semester) – SGD 100*
  • Yuran Kokurikulum (setiap semester) – SGD 100*
  • Yuran Buku – akan dimaklumkan kemudian

 

*tidak termasuk 7% GST

Semester Pengambilan

  • Mac atau Jun

 

Kemudahan Kampus

Kemudahan di Pusat Pendidikan Jamiyah:

  • Kemudahan pelajar dan alumni
  • Zon Wi-fi
  • Bantuan kewangan
  • Perpustakaan
  • Bilik darjah yang kondusif dan berhawa dingin
  • Dewan multifungsi

 

PENDAFTARAN

Klik di sini untuk memuat turun borang pendaftaran. Borang yang telah dilengkapkan boleh dikirim melalui emel ke alamat jec@jamiyah.org.sg

SENARAI SUBJEK

Semester I

Semester II

Hifz al-Quran I

Hifz Al Quran II

Tajwid al Quran

Usul Qiraat II

Pengenalan Ilmu Qiraat

Aqidah Islamiah

Usul Qiraat I

Bahasa Arab II

Adab Hamalatul Quran

Hadith Wa al Mustolah

Bahasa Arab I

Ko Kurikulum:

Seni khat

Tasawur Islam

Semester III

Semester IV

Hifz Al Quran III

Hifz Al Quran IV

Qiraat Ilmi

Qiraat Amali II

Qiraat Amali I

Rasm Al Quran

Bahasa Arab III

Bahasa Arab IV

Sirah Tahliliyyah

Fiqh Ibadah

Bahasa Inggeris

Dhobt Al Quran

Semester V

Semester VI

Hifz Al Quran V

Hifz Al Quran VI

Qiraat Amali III

Ulum al Quran

Dakwah Wal Khitabah

Tarikh Mushaf

Tafsir Tahlili

Tafsir Maudhu’i

Latihan Amali

Tarikh al Qurra’

Fawasil al Quran

PENSYARAH

Barisan pensyarah kami terdiri daripada pensyarah tempatan (sepenuh masa dan separuh masa) yang berpengalaman dan memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam, dengan pengkhususan dalam bidang Tahfiz wal Qiraat, Bahasa Arab, Usuluddin atau Syariah Islamiyyah.

AKREDITASI

Program Diploma Tahfiz wal Qiraat ini telah berjaya mendapat pengiktirafan dan akreditasi dari pihak MQA (Malaysian Qualifications Agency, No. Rujukan: A10187), badan berkanun yang bertanggungjawab menilai dan menganugerahkan akreditasi bagi pengajian tinggi di Malaysia.

Para graduan berpeluang melanjutkan pengajian di beberapa universiti, termasuk :

1. Semua universiti yang diiktiraf di Malaysia

2. Universiti di Indonesia:

  • UIN SULTAN TAHA SYARIF KASIM, PEKAN BARU, INDONESIA

  • IAIN IMAM BONJOL, PADANG, INDONESIA

  • IAIN SULTAN TAHA SAIFUDDIN, JAMBI, INDONESIA

  • IAIN AR-RANIRI ACHEH, INDONESIA

3. Universiti di TimurTengah (termasuk di Jordan):

  • UNIVERSITI JORDAN

  • UNIVERSITI AL-BAYT

  • UNIVERSITI YARMOUK

  • UNIVERSITI MU’TAH

Lain-lain Informasi

Jalur Kerjaya

  • Asatizah yang diiktiraf di Singapura yang mahir dalam bidang al-Quran dan Qiraat
  • Imam Eksekutif di Masjid
  • Pegawai Agama Masjid
  • Lain-lain pekerjaan yang berkaitan.

GALERI