Ceramah Bulanan II: Islam di Singapura

 

Siri Ceramah lanjutan kepada siri ‘Ceramah Dakwah Bulanan’ ini akan mengetengahkan barisan 12 cendekiawan tempatan yang akan bermula dari bulan Oktober 2018 sehingga Oktober 2019. Sesi ini bertujuan:

  1. Memberi peluang kepada para peserta untuk lebih mengenali secara lebih
    dekat akan profil kehidupan dan liku-liku hidup masyarakat Islam Singapura dari dahulu hingga masa kini.
  2. Membantu para peserta memahami kegiatan-kegiatan keIslaman di Republik ini serta perkara-perkara yang membentuk pengamalan Islam setempat (faktor dalam dan luar negeri) dan corak hubungan bukan sahaja antara kaum majoriti Melayu dan bukan Melayu tetapi juga orang Islam dan bukan Islam.
  3. Mengetahui tahap kemajuan yang dicapai masyarakat Islam, serta beberapa cabaran dan andaian senario akan prospek yang menanti mereka di hari muka.
  4. Mendalami kisah dan perjalanan hidup masyarakat Islam Singapura.

Penyertaan untuk siri ceramah ‘Islam di Singapura’ ini dibuka kepada penuntut-penuntut Diploma, Ijazah dan juga masyarakat umum. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami di talian 96795477 atau emel kepada zakiah@jamiyah.org.sg.